Tuesday, August 20, 2013

Takaful myGenLife


Kehidupan merupakan suatu perjalanan bermula daripada zaman persekolahan yang bebas tanpa kerungsingan sehinggalah ke detik-detik penting seperti memulakan pekerjaan pertama, membeli rumah, berkahwin dan kelahiran anak pertama. Kehidupan anda kini tidak lagi sama, begitu juga halnya dengan keperluan kewangan anda.
Kini, dengan Takaful myGenLife, anda boleh menikmati fleksibiliti dan bebas mengawal kehidupan anda sendiri.
Ketahui bagaimana Takaful myGenLife boleh menawarkan anda faedah yang hebat:

KESELAMATAN – Melindungi Apa Yang Penting
Dengan Takaful myGenLife, orang tersayang akan menerima manfaat tunai sekaligus sekiranya anda meninggal dunia atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK).
Ini penting untuk membantu mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa pendapatan daripada anda. Bukan itu sahaja – sebarang nilai pelaburan yang ada juga akan turut dibayar.
KOMPREHENSIF - Melindungi kesejahteraan anda dengan perlindungan perubatan dan pelbagai manfaat    perlindungan yang lain
Fikirkan semua perkara yang masih perlu anda bayar- pelan gadai janji, bil-bil, perbelanjaan sara hidup harian, pendidikan anak-anak dan banyak lagi sekiranya peristiwa yang tidak diingini yang berlaku kepada anda.
Dengan pelbagai manfaat tambahan, kami di sini bersedia untuk membantu meringankan beban ketika anda benar-benar memerlukan.
Jangan risau tentang kos perubatan yang semakin meningkat dan biar kami yang uruskan bil-bil perubatan anda dengan rider perubatan yang berpatutan - Takaful myGen Medic yang memberikan manfaat TINGGI untuk Bilik & Penghospitalan dengan had seumur hidup yang TINGGI sehingga jumlah maksimum RM2,000,000.
Mendapatkan pelepasan tunai dengan Takaful myGen Hospital Cash jika anda dimasukkan ke hospital
Dilindungi daripada 36 jenis penyakit kritikal dengan Takaful myGen Critical Illness (Dipercepatkan atau Tambahan)
Melindungi diri anda daripada kemalangan dengan Takaful myGen Personal Accident
Memaksimumkan nilai pelaburan anda dengan Takaful myGen Saver melalui 5 dana pelaburan patuh Syariah
Mendapatkan perlindungan tambahan dengan Takaful myGen Term
Memastikan perlindungan yang berterusan dengan Takaful myGen WaiverTakaful myGen PayorTakaful myGen Payor Plus yang akan membayar sumbangan anda pada masa hadapan sekiranya berlaku kematian, penyakit kritikal atau KMK, jika berkenaan
FLEKSIBILITI – Mengikut kehendak dan kemampuan anda
Seiring anda bergerak dalam fasa kehidupan yang berlainan, perlindungan dan pelaburan anda mungkin berbeza-beza mengikut keperluan. Takaful myGenLife menyediakan fleksibiliti yang dicorakkan untuk tahap pelaburan anda sendiri dan perlindungan yang benar-benar sesuai dengan keadaaan kehidupan anda.
Pilih mana-mana dana pelaburan di bawah pelan dan anda boleh menikmati kelebihan memilih dan menukar strategi pelaburan mengikut selera risiko anda.
Muat turun brosurMuat turun brosur
Jangan tunggu lagi! Mohonlah untuk Takaful myGenLife anda hari ini!!!