Wednesday, January 30, 2013

KEUNTUNGAN SETENGAH TAHUN PERTAMA TAKAFUL MALAYSIA KEKAL KUKUH



KUALA LUMPUR, jumaat 10 Ogos 2012 (Bernama) -- Takaful Malaysia hari ini melaporkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan zakat (PATZ) untuk setengah tahun pertama berakhir Jun 2012 sebanyak 36% kepada RM52.4 juta daripada RM38.5 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan sebelum cukai dan zakat adalah RM63.9 juta, lebih kurang 28% lebih tinggi untuk tempoh yang sama tahun lepas iaitu RM49.9 juta. Hasil kendalian untuk setengah tahun pertama Kumpulan pula meningkat 37% kepada RM875 juta daripada RM636 juta untuk tempoh yang sama pada tahun lepas. 

Sumber utama peningkatan keuntungan yang besar ini adalah melalui pemindahan lebihan daripada dana Takaful Keluarga dan pendapatan yuran wakalah yang lebih tinggi serta pendapatan pelaburan yang menggalakkan. Peningkatan 82.5% telah dilaporkan di dalam penjanaan sumbangan kasar daripada perniagaan Takaful Keluarga kepada RM529.3 juta daripada RM290.0 juta untuk tempoh yang sama pada tahun yang lepas. Ini adalah hasil daripada peningkatan jualan dan pelepasan rizab sumbangan yang belum diperolehi hasil daripada pertukaran anggaran simpanan untuk produk Takaful Keluarga Berkelompok. 

Untuk suku di bawah tinjauan, Takaful Keluarga merekodkan penjanaan sumbangan kasar sebanyak RM280.8 juta, berbanding RM167.6 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas. Takaful Am menjana sumbangan kasar sebanyak RM118.3 juta berbanding RM97.3 juta untuk suku yang sama tahun lepas. 

Dato’ Mohamed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia berkata, “Pulangan atas ekuiti Syarikat terus kekal kukuh pada 11.4% berbanding 9.5% untuk tempoh enam bulan yang sama tahun lepas. Perolehan sesaham (EPS) meningkat kepada 32.88 sen berbanding 23.89 sen untuk tempoh yang sama tahun lepas. Saiz jumlah aset juga telah meningkat sebanyak 6.8% kepada RM6.3 bilion daripada RM5.9 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.” 

Keyakinan pasaran terhadap Syarikat telah terbukti dengan pergerakan harga saham yang telah meningkat kepada lebih 400% semenjak awal tahun ini. Untuk tahun kewangan berakhir Disember 2011, Syarikat mengisytiharkan jumlah dividen kasar sebanyak 17% (RM27.68 juta) kepada pemegang saham. Pada 7 Ogos 2021, ahli lembaga pengarah Syarikat sepakat mengisytiharkan dividen interim sebanyak 15% (RM24.42 juta) tier tunggal untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 yang akan dibayar pada 21 September 2012. 

Prospek Takaful Malaysia untuk tahun kewangan dalam tinjauan amat menggalakkan walaupun wujud persaingan hebat daripada syarikat-syarikat insurans konvensional. Takaful Malaysia mempunyai pelan pasaran strategik yang berterusan untuk tahun 2012 bermatlamat untuk menguasai pasaran saham daripada pengendali insurans konvensional; antara lain merangkumi pengenalan beberapa produk baru, memperkembangkan keupayaan pengagihan Syarikat dan inisiatif pengambilan perekrutan baru. 

Syarikat juga memperkenalkan portal-portal baru untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan serta menjalinkan rakan perniagaan dengan institusi-institusi perbankan Islam dan konvensional di dalam usaha untuk terus kekal berdaya saing. Ketika ini, Syarikat menawarkan skim kewangan kepada ejen-ejen baru dalam usaha untuk membantu mereka memulakan kerjaya bersama Takaful Malaysia. 

Prospek Takaful Malaysia untuk tahun kewangan dalam tinjauan amat menggalakkan walaupun wujud persaingan hebat daripada syarikat-syarikat insurans konvensional. Takaful Malaysia mempunyai pelan pasaran strategik yang berterusan untuk tahun 2012 bermatlamat untuk menguasai pasaran saham daripada pengendali insurans konvensional; antara lain merangkumi pengenalan beberapa produk baru, memperkembangkan keupayaan pengagihan Syarikat dan inisiatif pengambilan perekrutan baru. Syarikat juga memperkenalkan portal-portal baru untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan serta menjalinkan rakan perniagaan dengan institusi-institusi perbankan Islam dan konvensional di dalam usaha untuk terus kekal berdaya saing. Ketika ini, Syarikat menawarkan skim kewangan kepada ejen-ejen baru dalam usaha untuk membantu mereka memulakan kerjaya bersama Takaful Malaysia. 

Baru-baru ini, Takaful Malaysia telah melancarkan kempen “ We Should Talk - Kita Perlu Berbincang” yang membuktikan satu usaha agresif Takaful Malaysia untuk berhubung dan mendekati bukan hanya pelanggan berpotensi tetapi juga para pelabur. Objektif kempen “We Should Talk - Kita Perlu Berbincang” adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang takaful atau insurans Islam dan kelebihan nilai manfaat takaful dengan konsep perkongsian keuntungan berbanding dengan insurans konvensional terutamanya penawaran 15% Rebat Tanpa Tuntutan untuk produk Takaful Am. Takaful Malaysia merupakan pengendali takaful pertama dan tunggal di dalam negara yang menawarkan pembayaran balik premium 15% sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. 

Kami percaya pelan startegik pasaran dan manfaat unik 15% Rebat Tanpa Tuntutan yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia akan menawarkan kelebihan kompetitif berbanding pengendali insurans yang lain dan seterusnya membolehkan kami meningkatkan pasaran saham. 

Syarikat Takaful Malaysia Berhad 

Syarikat Takaful Malaysia Berhad, telah ditubuhkan pada 29 November 1984 dan memulakan operasi pada Julai 1985. Ia mempunyai modal dibenarkan berjumlah RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM162 juta. Syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia pada 30 Julai 1996. Berdasarkan Akta Takaful 1984, Takaful Malaysia menyediakan dua jenis perniagaan Takaful, iaitu Perniagaan Takaful Keluarga dan Perniagaan Takaful Am. Takaful Malaysia mempunyai 40 cawangan di seluruh negara dengan jumlah aset sebanyak RM6.3 bilion di peringkat Kumpulan.
Laman sesawang: takaful-malaysia.com.my

SUMBER: Syarikat Takaful Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: 
Nama: Alia Abida Md Rasheed
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat 
Tel : 603-2267 0586
Mobil: 012 290 2909
Emel : alia.rasheed@takaful–malaysia.com.my

Monday, January 28, 2013

3% DISKAUN kepada semua pelanggan 2013


3%

DISKAUN



yang inginkan perkhidmatan insurans 

kami.

kepada semua pelanggan 2013

Selamat datang ke takaful Malaysia , sandakan sabah.  

syarikat kami ,beralamat di 

 Bandar labuk jaya, batu 7 

Jalan labuk Lot 8 Tingkat 1 Blok A4.  

90000 Sandakan , Sabah

Berdekatan dengan Hotel Pavilion syarikat kami memberikan perkhidmatan antaranya 


1.  motor persendirian kereta yang berumur 1 - 15 tahun sahaja first party (comperhensive)
2. Motorsikal third party sahaja.
3. Gadai janji. insurance perumahan.
4. insurance berkelompok.
5. firehouseowner.

Tukar nama Pemilik Kereta tatacara Urusan



sila ambil perhatian 

PENGURUSAN TUKAR NAMA PEMILIK KERETA
TATACARA URUSAN / SENARAI SEMAK

BIL
CATATAN
URUSAN
1
Sebelum menguruskan pertukaran hak milik kereta perkara ini perlu diambil perhatian oleh runner/agents yang menguruskannya. Supaya tidak dua kali bekerja atau berurusan menjimatkan wang dan masa anda. Kalau tidak lengkap perkara ini jangan buat
PUSPAKOM/
RUNNER
a
Nombor enjin dan nombor casis , no pendaftaran kereta mesti sama dalam kad kereta.
PUSPAKOM/
RUNNER
b
Getah di setiap pintu perlu dibuka pastikan tidak kereta sambung
Kalau ada jangan buat
PUSPAKOM/
RUNNER
c
Tenthirt (pelindung wind screen) perlu dibuka walau apa cara sekali pun, kalau mereka tak mahu buka Jangan Buat , sebab pihak puspakom akan gunakan alat canggih untuk cheak cermin kadar penchayaan dalam kereta ,kalau dia cheak lulus pegawai tersebut akan lekatkan pelekat di cermin tanda lulus .
PUSPAKOM/
 RUNNER
d
Ekzos berkedudukan saiz biasa, kalau terlalu besar saiz 4 inci, tak akan lulus,
PUSPAKOM/
 RUNNER
e
Enjin kereta tidak lacking minyaknya. / BORANG ada di PUSPAKOM. Pergi sahaja
PUSPAKOM/
RUNNER

Jika semua perkara ini dapat dilakukan maka  anda akan dapat laporan sijil pemeriksaan tukar milik B5 menentutkan anda LULUS/GAGAl pemeriksaan

2
Berurusan di PUSPAKOM  sebaik-baiknya sebelah petang sebab kurang orang tak sibuk, tapi perlu mahir menguruskan masa datang lebih awal sebelum jam 1.30 petang supaya kita berada di barisan hadapan dan sempat  berurusan di JPJ. Caj dikenakan tukar nama ialah RM 30.00 seperti dalam lampiran di berikan . 
PUSPAKOM/
 RUNNER
3
Berurusan di JPJ. Banyak borang perlu diisi perlu teliti perkara ini
Isi borang ini sebelum ke puspakom dah lengkap semuanya baru ke puspakom untuk jimatkan masa anda.
JPJ/runner
a
Ambil borang di JPJ terlebih dahulu, ikut urutan senarai semak  seperti dilampiran disediakan

b
Isi borang 2 salinan asal borang JPJK3.
Borang ini perlu ditandatangani oleh pembeli dan penjual.
Diborang ini juga atas persetujuan kedua-duanya , mereka perlu membeli satu polisi insurance baru kereta oleh pembeli@ perbincangan mereka . tarikh dalam polisi insurance mesti dibuat awal sebelum ke puspakom sebab ada tempoh sah laku pemeriksaan sebelum atau pada tarikh diberikan di bawah sebelah kanan borang B5 “sijil pemeriksaan tukar nama “ itu sebab roadtaxe kereta biasanya hanya 6 bulan sahaja, sebab tak cukup setahun kerana urusan tukar nama .
JPJ/runner
c
Borang JPJ-SAB02/ JPJ-SAB01, perlu diisi, perkara utama diambil perhatian mesti ada tandatangan dan cap jari kiri/kanan pembeli dan penjual kedua-duanya sekali,tidak boleh salah satu mesti kedua-duanya  dan harus di mahkamah tandatangan ini, penjual dan pembeli mesti hadir ke mahkamah.untuk tandatangan  borang dimahkamah., biar remeh tapi yang penting kita selamat.
Runner/pembeli/penjual
d
Borang TM-AB (pind 1/2012), Perlu diisikan, dan ditandatangan antara pembeli dan penjual, mereka kedua-duanya harus hadir ke JPJ untuk pegawai JPJ mengesahkan dibuat oleh pembeli dan penjual di hadapan pegawai JPJ
Runner/pembeli/penjual/JPJ
e
Jika semua perkara ini selesai maka nama pembeli baru akan di masukan ke dalam kad kereta bererti tukar nama telah dapat dilakukan, harus juga dibuat perubahan jika warna kereta telah berubah warna maka masa ini dibuat sekali.
Semoga perkara ini memudahkan semua orang amin