Monday, January 28, 2013

Tukar nama Pemilik Kereta tatacara Urusan



sila ambil perhatian 

PENGURUSAN TUKAR NAMA PEMILIK KERETA
TATACARA URUSAN / SENARAI SEMAK

BIL
CATATAN
URUSAN
1
Sebelum menguruskan pertukaran hak milik kereta perkara ini perlu diambil perhatian oleh runner/agents yang menguruskannya. Supaya tidak dua kali bekerja atau berurusan menjimatkan wang dan masa anda. Kalau tidak lengkap perkara ini jangan buat
PUSPAKOM/
RUNNER
a
Nombor enjin dan nombor casis , no pendaftaran kereta mesti sama dalam kad kereta.
PUSPAKOM/
RUNNER
b
Getah di setiap pintu perlu dibuka pastikan tidak kereta sambung
Kalau ada jangan buat
PUSPAKOM/
RUNNER
c
Tenthirt (pelindung wind screen) perlu dibuka walau apa cara sekali pun, kalau mereka tak mahu buka Jangan Buat , sebab pihak puspakom akan gunakan alat canggih untuk cheak cermin kadar penchayaan dalam kereta ,kalau dia cheak lulus pegawai tersebut akan lekatkan pelekat di cermin tanda lulus .
PUSPAKOM/
 RUNNER
d
Ekzos berkedudukan saiz biasa, kalau terlalu besar saiz 4 inci, tak akan lulus,
PUSPAKOM/
 RUNNER
e
Enjin kereta tidak lacking minyaknya. / BORANG ada di PUSPAKOM. Pergi sahaja
PUSPAKOM/
RUNNER

Jika semua perkara ini dapat dilakukan maka  anda akan dapat laporan sijil pemeriksaan tukar milik B5 menentutkan anda LULUS/GAGAl pemeriksaan

2
Berurusan di PUSPAKOM  sebaik-baiknya sebelah petang sebab kurang orang tak sibuk, tapi perlu mahir menguruskan masa datang lebih awal sebelum jam 1.30 petang supaya kita berada di barisan hadapan dan sempat  berurusan di JPJ. Caj dikenakan tukar nama ialah RM 30.00 seperti dalam lampiran di berikan . 
PUSPAKOM/
 RUNNER
3
Berurusan di JPJ. Banyak borang perlu diisi perlu teliti perkara ini
Isi borang ini sebelum ke puspakom dah lengkap semuanya baru ke puspakom untuk jimatkan masa anda.
JPJ/runner
a
Ambil borang di JPJ terlebih dahulu, ikut urutan senarai semak  seperti dilampiran disediakan

b
Isi borang 2 salinan asal borang JPJK3.
Borang ini perlu ditandatangani oleh pembeli dan penjual.
Diborang ini juga atas persetujuan kedua-duanya , mereka perlu membeli satu polisi insurance baru kereta oleh pembeli@ perbincangan mereka . tarikh dalam polisi insurance mesti dibuat awal sebelum ke puspakom sebab ada tempoh sah laku pemeriksaan sebelum atau pada tarikh diberikan di bawah sebelah kanan borang B5 “sijil pemeriksaan tukar nama “ itu sebab roadtaxe kereta biasanya hanya 6 bulan sahaja, sebab tak cukup setahun kerana urusan tukar nama .
JPJ/runner
c
Borang JPJ-SAB02/ JPJ-SAB01, perlu diisi, perkara utama diambil perhatian mesti ada tandatangan dan cap jari kiri/kanan pembeli dan penjual kedua-duanya sekali,tidak boleh salah satu mesti kedua-duanya  dan harus di mahkamah tandatangan ini, penjual dan pembeli mesti hadir ke mahkamah.untuk tandatangan  borang dimahkamah., biar remeh tapi yang penting kita selamat.
Runner/pembeli/penjual
d
Borang TM-AB (pind 1/2012), Perlu diisikan, dan ditandatangan antara pembeli dan penjual, mereka kedua-duanya harus hadir ke JPJ untuk pegawai JPJ mengesahkan dibuat oleh pembeli dan penjual di hadapan pegawai JPJ
Runner/pembeli/penjual/JPJ
e
Jika semua perkara ini selesai maka nama pembeli baru akan di masukan ke dalam kad kereta bererti tukar nama telah dapat dilakukan, harus juga dibuat perubahan jika warna kereta telah berubah warna maka masa ini dibuat sekali.
Semoga perkara ini memudahkan semua orang amin


No comments:

Post a Comment